Pemberitahuan Penggunaan Setem tertera Frangki Digital Sebagai Kaedah Penyeteman PDF Print E-mail
Written by Nurul Asyqin   
Monday, 21 March 2011 01:43

Sukacita dimaklumkan bahawa projek perintis setem tertera Sistem Frangki Digital telah dijalankan pada 14 Februari 2011 di Pejabat Setem Cawangan (PSC) dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM di kawasan Lembah Klang dan Selangor seperti berikut:

  1. Pejabat Setem Cawangan Jalan Duta
  2. Pejabat Setem Cawangan Kuala Lumpur Bandar
  3. Pejabat Setem Cawangan Cheras
  4. Pejabat Setem Cawangan Klang
  5. Pejabat Setem Cawangan Shah Alam
  6. Pejabat Setem Cawangan Wangsa Maju
  7. Pejabat Setem Cawangan Petaling Jaya
  8. Pusat Khidmat Hasil Hulu Langat

Walaubagaimanapun, sistem ini telah ditangguhkan penggunaa nya pada 16 Februari 2011 untuk penambahbaikan dan dilaksanakan semula pada 1 Mac 2011 (kecuali pejabat Setem Cawangan Petaling Jaya yang telah menggunakannya juga pada 23 Februari 2011).

Sistem ini adalah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan penyeteman secara berkelompok (bulk) yang melibatkan duti tetap RM10 dan RM100. Pada masa ini, cara bayaran yang diterima adalah terhad kepada Tunai/Deraf Bank/Kiriman Wang dan Wang Pos.

Oleh itu, YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah digalakkan untuk membuat permohonan penyeteman bagi surat cara yang melibatkan duti ad valorem secara dalam talian menggunakan Sistem Taksiran dan Pungutan Duti Setem (STAMPS).

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi talian berikut:

03-62019164 atau 03-62091000 (samb 31823)

Bersama-sama ini dilampirkan contoh reka bentuk setem tertera frangki digital untuk perhatian YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Last Updated on Monday, 21 March 2011 02:09