OPERASI MAHKAMAH SEMASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 4

ARAHAN AMALAN KETUA HAKIM NEGARA BILANGAN 11 TAHUN 2021
September 22, 2021
Reminder on Rule 59 (1) (b) of the Advocates (Practice & Etiquette) Rules, 1988
November 11, 2021

OPERASI MAHKAMAH SEMASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 4

YBhg. Tan Sri / Dato’ Sri / Dato’ / Datuk / Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah saya diarahkan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa bagi negeri-negeri yang telah dan akan memasuki Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, Mahkamah adalah beroperasi sepenuhnya tertakluk kepada pematuhan yang ketat terhadap Tatacara Operasi Standard Pencegahan Wabak COVID-19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia (SOP) yang telah mula berkuat kuasa pada 27 Januari 2021 (sesalinan dilampirkan) dan apa-apa arahan lain yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa.

3. Untuk apa-apa pertanyaan, pihak YBhg. Tan Sri / Dato’ Sri / Dato’ / Datuk / Tuanboleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

 

(a)             Mahkamah Persekutuan

Puan Nurul Husna binti Awang

Timbalan Pendaftar

03-88803947 (pejabat) / 019-4157376 / husna@kehakiman.gov.my

 

(b)             Mahkamah Rayuan

Puan Hasbi binti Hasan

Pendaftar Mahkamah Rayuan

03-88804045 (pejabat) / 012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my

 

(c)             Mahkamah Tinggi Malaya

Puan Zaharah binti Hussain

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

03-88803702 (pejabat) / 012-4011100 / zaharah@kehakiman.gov.my

 

(d)             Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Tuan Nixon Kennedy Kumbong

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

088-286100 (pejabat) / 013-8042607 / nixon@kehakiman.gov.my

 

(e)             Mahkamah Rendah Malaya

Tuan M. Bakri bin Abd Majid

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

03-88809418 (pejabat)/ 019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my

 

(f)               Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

Puan Egusra binti Ali

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah

Menjalankan tugas-tugas Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

088-286100 (pejabat)/ 016-8931397 / egusra@kehakiman.gov.my

 

(g)             Pertanyaan Umum

Unit Komunikasi Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

komunikasikorporat@kehakiman.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

t.t.

(DATO’ AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

SOP PENCEGAHAN WABAK COVID-19 DI MAHKAMAH SELURUH MALAYSIA